Terdapat
seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk
dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli
ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah
s.w.t.
Dia
berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah
melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa
sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya
telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya
pemuda itu.
Wahai
anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu
hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah
mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim
yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung
pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok
semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku
menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab
ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan
dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan
yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan
kita yang lain,”
Pemuda
itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat,
pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali
kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula
ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab
ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang
haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan
keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab
ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada
kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak
redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
Ku
lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh
tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak
muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa
hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih
daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa
yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat
baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai
guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering
kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat
tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai
pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli
ibadah tadi.
Wahai
guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan
berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya
pemuda itu lagi.
Jawab
ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah
golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu
hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t
kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di
pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan
sebesar zarah.
Setelah
anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan
anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala
di Akhirat kelak. Amin.
0 komentar:
Posting Komentar